Isnin, 22 Jun 2009

Dari Laius Kepada Jocasta dipetik dari INKARNASI karya Lena Hussain

LAIUS terus menyumpah.
Tidak akan kubenarkan benihku ini menyuburi taman nyawamu
sekiranya kutahu benih itu akan meracuni taman kepunyaanku!
Oh nasib, kenapa kau tetapkan begitu?
Sungguhpun aku mati pada dunia nyata,
bukanbererti mati pada dewata,
darahku mengalir dari tusukan benihku sendiri!
Benih dari seorang betina bernama Jocasta!
Dan betina itu adalah aku!

Demi tuhan,
jika dibenarkan aku menunjukkan kebenaran dengan dua belah tangankuini,
sudah pasti nyawa ini akan kuambil sendiri,
betapa hina nasibku sehingga bergaul dengan benih sendiri.
Kenapa disalib pada kayu, lepaskanlah aku!

Dengan nadi yang masih berdenyut mengira sisa nyawa yang tersisip pada setiap urat ini, dengan nafas yang masih menyusup pada paru-paruku,
dengan jasad yang masih berpijak pada dunia yang membongkok rapat,
kaumku!!! Saksikanlah penderitaan yang tak punya apa!
Takdir telah menyuratkan!
Takdirtelah menyumpahkan pada kata-kata sihirku!

Celakalah kamu Jocasta!
Jangan kau berangan ingin hidup bahagia!
Biar kesumat langit ketujuh melaknat takdir,
takdir tetap memburu hidupmu!
Kerana aku wanita yang ditentukan oleh takdir tanpa wahyu yang menyuratkan! Tanamlah betina itu! Celakalah wanita itu!
Terlalu siksa…dan kini,
api neraka dunia mula menghitung derita…
antara Jocasta,
Laius
dan Oedipus Sang Raja.

PROLOG OEDIPUS:
Cabutlah nyawaku!
Ketawakanlah nasibku!
Gembiralah atas penderitaanku!
Tidak akan ku airi perempuan itu andai kutahu itu taman Laius!
Aku anak sial seorang perempuan yangmenggoda…
memberi berahi untuk dirasa.
Apakah malang sial yang menimpa suratku?

Lena Hussain, 12 Februari 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perempuan Itu Bernama Barabah

Perempuan Itu Bernama Barabah
Arahan: Lena Hussain