Menginsafi Bahawa
Pertama, fungsi sesebuah Universiti bukanlah sekadar menguruskan program-program latihan, tetapi lebih penting daripada itu, ialah mengendalikan sebuah proses pendidikan ke arah pembinaan dan pengukuhan sebuah peradaban, sama ada secara ketara atau secara tersirat;
Pertama, fungsi sesebuah Universiti bukanlah sekadar menguruskan program-program latihan, tetapi lebih penting daripada itu, ialah mengendalikan sebuah proses pendidikan ke arah pembinaan dan pengukuhan sebuah peradaban, sama ada secara ketara atau secara tersirat;
Kedua, Universiti adalah sebuah lanjutan kepada kesinambungan sebuah tradisi pendidikan perguruan yang berusia hampir lapan dekad dengan kebitaraan dan kecemerlangannya yang tersendiri;
UPSI sambil mengiktiraf kekuatannya dalam sejarah bangsa dari segi sumbangannya bagi tempoh hampir satu abad, hendaklah juga menginsafi hakikat yang ianya harus terus hidup dalam seni perubahan yang semakin pesat dalam era ini.
Maka
Melewati fungsi utamanya untuk melahirkan lulusan bagi mengisi keperluan sumber daya manusia yang mencukupi bagi negara, Universiti hendaklah menjadikan dirinya bertanggungjawab untuk mendidik pelajar-pelajarnya -- malah seluruh anggota masyarakat Universiti sendiri -- memiliki ciri-ciri berikut:
Pertama, beriman sejati, berkeperihatinan atas kesucian ilmu dan pengetahuan, berkebijaksanaan dan berkeikhlasan intelek, berperikemanusiaan dan bertatalaku mulia;
Kedua, bersifat patriotis dan nasionalistis yang sihat dan liberal serta bersifat literat budaya, literat agama dan literat global
Matlamat terakhir UPSI ialah menjadikan anggota masyarakatnya, terutama sekali pelajar-pelajarnya, berimbang perkembangan minda , jiwa, jasmani dan rohaninya, serta berpeluang merealisasi diri sendiri sebagai individu dan memperkembangkan diri sendiri sebagai anggota yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara serta dunia dan alam sejagat.
Ke arah itu, Universiti meletak keutamaan tertinggi ke atas KEIMANAN, KEILMUAN, KEBUDI-DAYAAN, KETAMADUNAN, KEMANUSIAAN, KEMASYARAKATAN dan KENEGARAAN. Dalam mendekati matlamat falsafah ini, Universiti menitikberatkan KECEMERLANGAN dalam setiap bidang aktivitinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan