Isnin, 22 Jun 2009

Kasih Itu by Lena Hussain

Kasih Itu…
Kerak-kerak kecewa menumpu batin
Membakar jiwa dengan ketujuh api yang belum bertapis
Sengsara menghentak kebahagiaan pergi jauh dari diri
Kenapa Tuhan?
Kenapa aku tidak boleh menjadi sempurna seperti insan-insan lain?
Tidak layakkah aku untuk bahagiaMU?
Maki hamun terus menerobos ke dalam diri
Menghimpit berat dengan sisa dan keji
Nafsu dan cinta bukan milik fizikal diri
Perit dan kekosongan mengisi setiap ruang dan detik denyutan nadi
Kenapa Tuhan?
Kenapa aku tidak boleh memiliki cinta dunia seperti makhluk yang lainnya?
Apa bezanya aku? Kenapa terciptanya aku selain dari sujud kepadaMU?
Perginya cinta dari hati ini…
Kau datangkan aku bidadari…
Kenapa Tuhan?
Hanya untukku puja tapi bukan miliki?
Kasih itu…
Bersamanya tersemai kasih sayang dan benci
Melukakan dan menyembuhkan semula diri
Hanya untuk ku puja dan sanjung dari satu sudut kejauhan
Tanpanya tahu
Doaku Tuhan…
Jika ini takdir ujian hidupku…
Kebalkan aku dari tikaman-tikaman sengsara yang memuja
Hadiahkanlah aku yang paling istimewa
Kasih Itu…
Ketika merangkak dari nerakaMU dan terus dahaga menuju ke syurga.

Lena Hussain, 24 April 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perempuan Itu Bernama Barabah

Perempuan Itu Bernama Barabah
Arahan: Lena Hussain