Kursus ini merupakan pendedahan asas awal lakonan dan prinsip-prinsip umum yang sering digunakan untuk melahirkan bentuk dan stail lakonan yang berkesan. Pengenalan kepada asas lakonan ini mengabungkan tiga disiplin : gerak, suara dan ruang bagi memecahkan rasa gentar dan kaku dalam membentuk watak dan perwatakan berdasarkan skrip dan improvisasi lakon. Sebagai seorang pendidik, keterampilan seorang pelakon sangat berguna dan relevan untuk dimanfaatkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
SILLABUS
1. Sejarah lakon dan prinsip-prinsip seorang pelakon
2. Mengenal ruang lakon, mengenal pentas, mengenal medium, mengenal genre dan mengenal diri dalam lakonan.
3. Teori dan Praktik lakon (Imaginasi/Keheningan/Pergerarakan/Ruang)
4. Teori dan Praktik Lakon (Asas dan arah/Letak dan posisi badan/Kawalan dan imbangan badan/kepekaan deria)
5. Improvisasi dalam lakonan dengan alat tersedia.
6. Improvisasi dalam lakonan :- Improvisasi tanpa props
7. Simulasi dan main peranan
8. Penghayatan dan pembinaan keyakinan diri melalui permainan teater.
9. Eksplorasi dan pemahaman asas lakonan.
10. Analisis persembahan improvisasi di depan khalayak ramai.
11. Lakonan dan persembahan asas
12. Penilaian akhir
1. Memahami aspek pengenalan dan pergerakan dalam diri sendiri.
2. Mempunyai kepekaan, tindakbalas dan menggunakan ruang dalam menyatakan ekspresi diri.
3. Menyatakan refleksi melalui interaksi sesama teman, alatan yang digunakan dan tindak balas dari kesan bunyi / suara.
4. Melakukan improvisasi terhadap persembahan yang dilakukan bersesuaian mengikut reaksi audiens.
5. Memberi pengalaman amali sebagai bakal guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelajar.
METOD PENILAIAN PELAJAR (Kerja Kursus 100%) Berserta Contoh:
PRAKTIK LAKON
Fokus 10%
Pemahaman 10%
Penghayatan 10%
30%
JURNAL
Menonton dan Ulasan 4 Persembahan Teater 10%
Refleksi 10%
Nota Kuliah dan Tambahan 10%
30%
PENILAIAN AKHIR (PRODUKSI)
Pemahaman Teks dan Watak 10%
Ekspresi Wajah dan Tubuh 10%
Penggunaan Ruang 10%
Penghayatan Watak 10%
40%
JUMLAH PENUH 100%
CONTOH METOD PENGAJARAN INOVATIF
1. Aktiviti pembelajaran dilakukan secara praktikal yang melibatkan suasana persekitaran.

2. Aktiviti pembelajaran dilakukan dengan pengaplikasian permainan teater (dramtika kreatif)
3. Aktiviti pembelajaran dilakukan secara dua hala dan juga dengan penulisan jurnal oleh pelajar agar mereka dapat meluahkan rasa hati dan pandangan terhadap aktiviti yang dilakukan dari mula pembelajaran sehingga habis pembelajaran lalu membuat analisis terhadap perubahan yang mereka dapati samada mencapai objektif atau tidak.
HUBUNGAN ANTARA RANGKA KURSUS DAN FALSAFAH PENGAJARAN SAYA
Melahirkan bakal guru yang yakin, kreatif dan inovatif amat bersesuaian dengan persekitaran zaman sekarang. Kita tidak boleh bergantung pada alat-alat sahaja kerana perubahan teknologi berlaku dengan begitu pantas dan ini memerlukan wang yang banyak untuk memperbaharui mutu alat dari masa ke semasa. Oleh itu, aset yang paling bernilai buat seorang guru adalah keupayaannya dalam menyampaikan sesuatu pengajaran yang berkesan dengan keupayaan diri yang berlandaskan deria sedia ada.
PENILAIAN SAYA TERHADAP KURSUS INI

Kursus-kursus yang ada di dalam minor teater sangat berkesan dalam membina kemahiran insaniah secara menyeluruh.
tolong jelaskan sejarah lakon dan prinsip2 pelakon
BalasPadam