Bila saja berpeluang menonton teater, pasti saya akan terdengar kata-kata kenangan yang mengimbau para penonton…
1. “Aku dulu pun berlakon teater di sekolah! Buat cerita itu, cerita ini, zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan macam-macam lagi!”
2. “Aku dulu amik ko kurikulum kat universiti..kami berlakon Hamlet!” Wah…dahsyat ye…
Macam-macam lagilah kenangan yang mengimbau. Dejavu. Mesti korang pun pernah alaminyakan…hehe…yang tak pernah tu biasanya diam je…buat dek…teater? Boring. Tak minat aa…apapun pendapat ianya sentiasa betul kerana pendapat ini datang dari pengalaman yang dialami oleh seseorang individu dan tentunya ia TIDAK SESEKALI SAMA! Persepsi dan ideologi berdiri atas pegangan ilmu dasar yang dimiliki oleh seseorang individu. Well…aku rasa kalau nak dihuraikan pendapat yang betul pada aku ni…bilapun tak habiskan? Orang menentangpun aku tetap akan pertahankan! Hehehe…itulah lumrah manusia. Tapi di sini…bila kita dah bekerjaya, aku rasa yang paling penting pada seseorang insan itu adalah fahaman, ilmu pengetahuan, kepakaran, minat dan kasihnya pada bidang yang diceburi. Setiap orang pasti ada specialitiesnya…hmm…apa yang aku nak sembang-sembang dalam ruang ini adalah mengenai bidang yang AMAT aku minati ini sekaligus merupakan bidang kerjaya aku yang aku hidup dengannya dan cari makan dengannya! Kerana Allah S.W.T telah menentukan rezeki aku pada jalan yang aku cari ini. Aku bukanlah nak memperdebatkan sesuatu subjek itu luar dari bidangnya, tetapi perkara yang paling aku minat adalah berbincang secara akademik melalui pendekatan santai terhadap pengetahuan teater yang kita kongsi bersama. Apapun, apa yang akan aku bincang di dalam blog aku ini adalah berdasarkan minat, pengalaman dan pengetahuan yang aku ada yang Allah izinkan aku untuk tahu. Ianya tidak ada mengena dengan sentimen peribadi. Sebenarnya aku lebih suka bersembang dari menulis dalam blog ini kerana ianya lebih menjimatkan masa dan lebih puas dalam perkongsian sesuatu. Tapi takpelah…kita mula dengan tulisan santai ini dulu. InsyaAllah kalau ada masa terluang yang boleh aku record or shoot, aku akan cuba.
Topik yang paling menarik minat aku pada kali ini ialah mengenai Pertandingan Festival Teater 2009 yang telah berlangsung pada 1 hingga 13hb Jun 2009 yang bertempat di Taman Budaya Perak, Ipoh. Festival ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Persembahan Teater, Persembahan Teater Kanak-kanak dan Persembahan Monolog. Kalau diikutkan hati semua kategori aku nak masuk…hehehe..tapi iyelah, takde tenaga. Aku frust gila juga sebabnya monolog adalah kategori yang paling aku suka tapi memandangkan atas dasar kerja yang menuntut untuk menyertai pertandingan teater penuh itu sebagai salah satu daripada aktiviti aku, maka aku kenalah melepaskan peluang bertanding dalam monolog. Ini disebabkan oleh syarat-syarat pertandingan juga. So, akurlah…
Emm…what happen? Seperti yang sedia maklum dengan tugas aku kat UPSI ini, apa lagi…mendidik anak-anak baru dalam bidang teater. Fuh! Nak masuk pertandingan nak lawan otai-otai, bolehkah anak-anak yang baru setahun jagung ini pukul habis? Hmm…tapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Rezeki ada di mana-mana. Yang penting adalah usaha. Itu juga janji Allah S.W.T pada kita. Emm, dengan keyakinan dan pegangan prinsip georgian aku…”if there’s a will, there’s always a way...lalalala….” inilah lagu yang paling top, digemari dan menjadi kebanggaan kami ex-georgian. Teringatlah jugak kan….kat situ jugalah aku bermula dengan berteater ni…huhu…masa form 3 nak kena perform masa penyampaian hadiah! TYTM Gabenor Penang adalah VVIP YANG WAJIB HADIR SETIAP TAHUN! Huh! Masa tu bukan main berkobar-kobar pergi audition! SGGS masa tu nak stage Raden Mas…senior-senior dah tentulah hero ngan heroinkan…so kami-kami yang form 3 ni lah jadi pak pacaknya! Masa tu nak guna 2 je pak pacak! Hahaha! Masa tu aku dengan Faranadiya Ayob anak Allahyarham Pak Yob (Orang Kanan Kebudayaan USM) jadi PANGLIMA JAWA! Jeng!Jeng!Jeng! Keluar ja panggung, semua senior menjerit tepuk! Kecoh satu dewan. Parents semua senyum-senyum. Hahaha…kelakar gila! Itulah 1st time darah gemuruh turun naik sebabnya 1st time naik stage berlakon! Hmm…dah mula nak melalutlah ni…hihihi…well, pengalaman di sekolah adalah yang paling manislah buat semua orang. Bestkan zaman remaja? Satu kenangan manis yang tak mungkin aku lupakan. Masa tu 1993. Orang yang menasihati show kami masa tu adalah Arwah Cikgu Baha (Anugerah Warisan Orang Hidup Kebangsaan). Inilah titik tolak perjalanan hidup aku yang menjadikan aku hari ini. Arwah Cikgu Baha atau panggilan saudara yang lebih manja antara aku dengan dia iaitu Abang Bah. Kami ni saudara. Bagaimana ya? Ramai juga yang tak tahu bagaimana kami ni bersaudara. Memandangkan kami terlalu rapat ramai orang ingat Abang Bah ni pakcik aku sebab jarak umur yang banyak. Sebenarnya Abang Bah ni abang saudara aku. Mak Lang dia tu Makcik aku (sepupu mak). Panjang berjelakan kalau nak cerita pasal keturunan ni. Apapun, biarlah aku clearkan perkara ini dalam blog ni dan harapnya jangan ada yang confius lagi. Apapun, nanti-nantilah kita sembang pasal ni. Panjang bab ni. Sebabnya pengetahuan serta pengalaman seni dan budaya yang paling banyak yang aku kumpul dalam hidup ini adalah melalui Abang Bah, seorang abang dan juga seorang guru.
Kita balik pada topik asal. Hari ni aku lebih berminat untuk bersembang-sembang pasal FTP. Emm…perkara pertama yang aku ingin kongsi bersama adalah pengalaman aku dan pelajar-pelajar minor teater ni (anak-anak burung aku..hehehe…). Proses yang sama juga aku lalui untuk menyiapkan Lagenda Tanjung Puteri untuk pertandingan Festival Teater Perak tahun 2007 lalu. Apapun yang aku lakukan, perkara yang paling penting bila aku berdiri sebagai pengarah, aku akan lihat pertama adalah:
1. Budget
2. Skrip
3. Genre dan konsep
4. Pelakon dan krew produksi
5. LATIHAN INTENSIF!
Fuh! Bukan senang nak berteater sebenarnya…memang sukar nak cari pelakon nak2 pula time cuti ni. Student semua berpusu-pusu nak balik kampung! Huhu…aku memang tak faham. Fenomena time aku belajar dulu, kami semua sibuk stay untuk CARMA (cari makan daaa-> satu term yg digunakan di ASK dulu bermula dikalangan geng-geng ASK tahun 1996). Masa time cutilah sepatutnya student mencari peluang untuk mengumpul sebanyak mana aktiviti atau projek dalam bidang yang kita ceburi. Ada carma atas institusi, production luar, production sendiri dan macam-macam lagi. Setidak-tidaknya masuk juga duit poket dan yang paling penting masuk ilmu dan pengalaman. Bukanlah tak balik langsung tengok family. Balik juga. Tapi hari ini semuanya tak macam dulu. Zaman berubah, persekitaran berubah dan masyrakat juga berubah. Apapun, masa hujung sem kami buat satu perjumpaan sebelum student minor balik. Pada aku senang je. Dunia sekarang dunia ekonomi. Jadi apa yang ingin diadakan semestinya boleh dibuat percaturan. So, arahan bos untuk masuk pertandingan ini adalah satu motivasi dan aktiviti yang mesti aku sahut kerana ianya adalah tanggungjawab. Bukan suka-suka. So student…semester depan (semester inilah) awak akan buat produksi. So, kita pendekkan cerita. Sistem barter. Saya tolong awak, awak tolong saya dan kita tak rugi apa-apapun, sebaliknya pengalaman yang bakal awal lalui akan mengajar awak banyak perkara. Hmm…terkejut juga aku…ramai yang berminat. Hmm…percaturan barter memang berfungsi dengan baik. Dari perbincangan itu kami mendapat kata sepakat bahawa kami akan masuk pertandingan ini sekaligus produksi ini akan kami bawa sebagai Produksi Akhir minor teater subjek dibawah bimbingan En. Zolkipli Abdullah. So, sepakat aku mengarah, Zol urus dan jentera-jentera kami akan bergerak mengikut bidang tugas masing-masing. Di tangan aku memang dah ada skrip Perempuan Itu Bernama Barabah karya Motinggo Busye. Sebenarnya pemilihan skrip ini sahaja mengambil masa selama sebulan sebelum perjumpaan ini diadakan. Mula-mula itu ada beberapa skrip yang aku ulangkaji untuk tujuan ini. Ulangkaji tu banyaklah perkara yang aku kena ambil kira terutamanya bilangan pelakon. Hmm…antaranya ialah Pandirnya Si Pandir, Anak Nazar Tujuh Keramat, Private Parts, Awal dan Mira, Woyzeck, Cross Purpose, Trem Bernama Desire dan Mahkamah Keadilan. Huh! Bukan mudah. Sempat juga aku call Marlenny Deen Erwan aka Lenny Dangerous untuk bertanyakan skrip-skrip yang best. Setelah berbincang dengan rakan-rakan sekerja, aku, Zol dan Chal akhirnya memilih Perempuan Itu Bernama Barabah (1963). Kenapa PIBB? Pembacaan pertama semasa membuat pemilihan skrip yang sesuai bukanlah bersandarkan kepada bilangan pelakon saja malaha kesesuaian karektoristik dan juga drama yang kuat dari segi naratif dan elemen teatrikal yang sedia ada padanya. Menyingkap sejarah penulisnya sendiri Motinggo Busye merupakan karyawan Indonesia yang terkenal dengan penghasilan novel dan drama. Beliau dianggap sebagai karyawan moden pada eranya yang gemar menulis cerita-cerita realisme. Melihat pada pendekatan tulisan beliau yang sarat dengan ironi secara jelas Motinggo Busye dipengaruhi oleh realisme Ibsen terutama gaya penulisan beliau dalam drama Malam Jahanam (Ribut Basuki, English Department Petra Christian University, Surabaya). Jika Basuki melihat ironi di dalam karya-karya Busye, aku pula melihat aspek metafora, komedi dan sinikal dalam pembentukan semiotik yang sangat idealis dalam karya-karya beliau. Menggarap satu persembahan realistik yang penuh dengan subteks dan kritikan falsafah merupakan cabaran yang sangat menarik pada aku untuk menterjemahkannya. Setelah 5 kali membacanya, WOW! Karya ini memang hebat dan dahsyat! Ianya halus dan digarap dengan sangat baik. Sebagai seorang penulis yang mempunyai prinsip dan etika, aku tidak tergamak langsung untuk membuang walaupun separa dialog dalam drama PIBB ini. Ianya akan melompongkan makna yang indah. Tidak hairanlah jika Busye dianggap sebagai ‘artis baru’ yang membawa pengaruh barat pada zamannya. Bagaimana pula dengan syarat pertandingan yang menuntut durasi sebuah persembahan penuh selama 1 jam 30 minit. Peraturan? Dapatkah aku memenuhinya? Etika berkarya dengan karya itu? Apa perlu aku mengenepikannya? Tak sanggup…pernah karya aku diambil dan dicincang skripnya oleh orang lain. Walaupun cincangannya hanya melibatkan 30% tetapi kesannya cukup besar dan sangat mengecewakan aku. Maka, aku seboleh-bolehnya dan sedaya upaya akan cuba mengelak perkara ini melainkan tiada pilihan. Boleh juga aku mengolahnya sedikit dengan hanya membuang beberapa perkara tanpa perlu mengubah ceritanya, tetapi aku amat sayang dengan idea-idea Busye yang sarat dengan makna ini. Jadi, keputusan aku adalah akan meneruskan penyertaan ini tanpa ada potongan dari mana-mana bahagian dan aku akan cuba menepati masanya. Namun apa yang terjadi…latihan berjalan setiap hari dan running time setiap latihan biasanya 1 jam 30 minit. Tergelincir kurang dan lebih masa tu ada juga berlaku. Setiap kali berlaku, setiap kali itu jugalah mereka akan mendengar syarahan tambahan aku. Adat murid dengan guru iye dak? Hmm…apapun satu saja pesanan yang sentiasa aku ulang pada anak-anak burung aku ini, masa latihan saya masih berkuasa untuk menegur awak, namun semasa pertandingan…segala kuasa di tangan pelakon. Jadi, dari sekarang awak semua kena berada dalam lingkungan disiplin masa yang ditetapkan. Apa yang kita mampu buat? Hanyalah dengan latihan dan proses. Tapi, apa jua boleh berlaku apabila berhadapan dengan situasi persembahan sebenarnya terutamanya malam pertandingan. Tension, gugup dan darah gemuruh adalah perkara biasa yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Perkara inilah yang biasanya akan menjadi mental block pada pelakon yang selanjutnya akan mempengaruhi kelancaran skrip, beat, pacing, blocking, level, acting dan segalanya yang berkaitan. Ianya benar-benar mengusutkan bukan sahaja pada watak yang berlakon malahan melibatkan keseluruhan jentera penggerak. Emosi itu berjangkit. Hmm…secara mental kita perlu kuat dan bersatu untuk menanganinya. Saya tak boleh nak halang perkara itu jika ianya terjadi. Apa yang mampu dan boleh kita lakukan adalah mengawal keadaan itu supaya tidak jadi semakin kusut. Nah, ini apa yang terjadi semasa persembahan. Adegan 1 drag sampai 10 minit. Pacing dan permainan menjadi lambat dari biasa. Momentum agak sedkit perlahan. Saya tahu, Banio gugup dan blurr banyak. Tetapi, nasib baik dia pandai bermain dengan persekitarannya dan akhirnya dapat mengembalikan semula penumpuannya. Terima kasih Barabah kerana banyak membantu. Apapun, ini adalah pengalaman pertama Banio berlakon, ianya satu pendedahan yang baik dan sihat. Secara mental, Banio dapat pick up semula mind dan energynya yang berlegar-legar dan tidak bersatu. Inilah yang saya maksudkan dengan fokus dan pelakon tidak boleh bergantung semata-mata pada pelakon lain sekiranya kita lemas sebentar. Kita perlu cari arah dan berenang semula ke arah yang betul. Banio di dalam proses, melaluinya dan menemuinya. Itulah Jawapan kepada soalan Idi. Masuk dalam bilik gelap yang baru dan tiada arah tuju. Bagaimana? Setiap waktu dan ketika di dalam teater adalah baru. Ianya bukan rakaman. Tetapi secara langsung. Setiap detik dan masa, perlakon membawa psikologi yang tidak konsisten danri hari ke hari kerana pengaruh dan pengalaman persekitaran dan unsur-unsur. Itu realitinya. Sebagai pelakon, anda akan sentiasa berada dalam persekitaran baru setiap detik waktu. Gelap dan baru bukanlah persoalannya, tetapi kepercayaan pada diri adalah tunjang pegangan kita. Syabas Rohazuddin Hassan atau lebih manja dengan panggilan Idi. Semoga awak akan lebih mendalami ilmu lakonan ini dan mengeksplornya dengan lebih dalam dan jauh. Barabah atau nama sebenarnya Nadhilah Suhaimi, anda memang seorang pelakon yang sangat berbakat. Saya hormati itu. Saya sentiasa mengikuti perkembangan lakonan awak dari mula saya mengajar sehingga hari ini, dari pelbagai aliran, anda membuka minda dan berlakon dengan baik sekali dalam apa jua karektor yang diberikan. Watak baik, jahat, serius, komedi, sedih dan sebagainya dijiwai dengan bagus sekali. TAHNIAH! Hargai bakat yang telah Allah SWT anugerahkan pada anda. Pada Adibul iaitu saudara Mohd. Khiril Izam Che Rahim dan Zaiton; saudari Nurjazmine Syahnaz Ghazalee, anda berdua sangat berbakat dan semulajadi. Teruskan usaha dari masa ke semasa untuk terus mencari dan mengenali diri. Dalam proses itu anda akan menemui banyak perkara yang akan membantu anda untuk menghasilkan lakonan itu secara lebih berkesan. Apapun, kelamahan tetap ada. Anda perlu lihat lakonan anda dan perlu kita kupas serta analisis sebagai usaha memperbaiki dan mempelajari apa yang lemah. Analisis lakonan itu besar tugasnya. Ia membabitkan pelbagai aspek yang melibatkan konstruksi diri yang merangkumi kesedaran diri, motivasi, tenaga, emosi, perlakuan, perhatian, imaginasi, ingatan, perasaan dan hubungan. Kontsruksi diri ini pula akan dibina dengan interdisiplin ilmu yang merangkumi psikologi dan sosiologi. Melihat dari aspek pedagogi pendidikan ianya melibatkan domain kognitif, psikomotor dan juga afektif yang mana dalam ilmu teater bolehlah aku samakan dengan pengetahuan teoritikal dan praktikal yang melibatkan lakonan serta persembahan. Pengetahuan inilah yang telah kita bincang dan kongsi bersama dalam Kursus Teknik dan Gaya Lakonan STP3013. Antaranya ialah metod Stanislavski, Brecht, Meyerhold, Artaud, Grotowski dan Brook. Apapun, aku rasa banggalah dengan korang sumer walaupun korang hanya sekadar pelajar MINOR TEATER! Caiyok2! Dan dalam proses ini, aku rasa 12 prinsip dalam Metod Acting yang diperkenalkan Stanislavski memang mempunyai kuasa tersendiri di dalam bidang lakonan jika kita benar-benar menguasai dan memahami proses itu. Dari situ juga, aku menemukan banyak perkara baru dalam lakonan yang mahu aku perjelas dan kongsi bersama nanti. Kena tukar ni tajuk tesis aku. Hihi…Insyaallah.
Bercerita tentang permaknaan (teks dan subteks) PIBB, ada yang berpendapat bahawa drama ini lucah. Itu adalah satu kehairanan buat aku. Pada aku, tiada satu pun yang lucah selain dari limpahan pemikiran ideal yang sarat dengan makna. Ia Ianya bukan kompleks tetapi merupakan paparan hakikat kehidupan yang perlu kita lihat dan jadikannya sebagai satu renungan dan muhasabah diri apabila memahami maksudnya. Bila seringkali terganggu dengan tomahan lucah yang dilemparkan, aku dengan segera menelefon sahabatku Lenny untuk berkongsi cerita. Lenny: Lena…drama berjalan atas nilai estetika yang berbeza dan amat istimewa. Interpretasi dan taste setiap individu itu adalah berbeza. Tiada apa yang kau perlu risaukan. Sebenarnya apa yang dikata oleh sesesorang itu mencerminkan diri dan pemikiran mereka. Tiada apa yang lucah dalam PIBB. Kalau dah otak kotor, apa jua akan diperkatakan akan kedengaran dan kelihatan lucah. Contohnya kalau aku sebut BATU, aku rasa tidaklah lucah. Tapi jika orang yang otaknya dimonopoli oleh pemikiran lucah maka akan jadi lucah walaupun kita tidak memaksudkannya! Apakah BOLA? BUAH? BURUNG? Semuanya lucah? Dalam konteks apa mereka berfikir sebenarnya? Hmm…Lenny, betul sangat. Terima kasih kerana mententeramkan aku yang sedang emosi dengan tohmahan dan prasangka negatif ini. Kita juga manusia yang kadang-kadang terbeku otak. Hehe…menarik bukan. Berbalik pada perbincangan mengenai teks ini. Lebih cantik dalam konteks sasteranya jika kita melihat PIBB ini berdasarkan tiga cabang utama iaitu semantik, sintatik dan pragmatik yang membabitkan pelbagai prinsip yang terkandung di dalam teori Semiotik. Ianya telah diperkenalkan oleh Peirce dan Saussure. JIka nak dihuraikan di dalam blog inipun ianya terlalu complicated. Pada sesiapa yang berminat untuk mengetahui teori ini anda boleh membacanya dari sumber internet dengan ejaan semiotics. Jika anda ingin membacanya di dalam Bahasa Melayu anda boleh mendapatkan buku tulisan Mana Sikana yang bertajuk Teori dan Kritikan Sastera Pasca Moden yang diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1998. Atau mungkin ada yang ingin bersembang dengan aku pun no halnye…anda sentiasa dialu-alukan. Bukanlah aku ni pandai sangat, tapi dulu aku belajar teori-teori ini dengan Pak Mana untuk selama 2 semester. Bolehlah nak berkongsi. Insyallah…

JENTERA PRODUKSI PEREMPUAN ITU BERNAMA BARABAH
Penerbit : Fakulti Seni Dan Muzik UPSI
Penasihat & Pengurus Produksi : Lena Farida Hussain Chin
Pen.Pengurus Produksi : Nurjazmine Syahnaz Ghazalee
Muhammad Faisal Ahmad
Pengurus Pentas : Watriah Awang Abu
Ali Hassan Mohdr Mohd Ramly
TENAGA KREATIF
Pengarah : Lena Farida Hussain Chin (Ketua Kumpulan)
Pen. Pengarah : Nadhilah Suhaimi
Pengarah Artistik : Lena Farida Hussain Chin
Amier Azwan Mat Husin
Ali Hassan Mohdr Mohd Ramly
Pengarah Muzik : Mohamad Nor Rakhim Amat Jallani
Pereka Tatacahaya : Amier Azwan Mat Husin
Mohd Airi Semin
Pengarah Teknikal/Audio : Zazul Azwan Mat Shah
Pengurus Set dan Prop : Ali Hassan Mohdr Mohd Ramly
: Mohd Razman Abdul Rashid
Farhana Mohd. Razali
Dinie Ammar Annuar
Mohd Amir Alias
Busana & Tatarias : Masyri Irmanazida Mat Isa
Montaj/Poster/Buku Program : Nurjazmine Syahnaz Ghazalee
Logistik & Kebajikan : Farhana Mohd. Razali
Pengangkutan : Watriah Awang Abu
PELAKON
Nadhilah Suhaimi sebagai Barabah
Rohazuddin Hassan sebagai Banio
Nurjazmine Syahnaz Ghazalee sebagai Zaitun
Mohd. Khiril Izam Che Rahim sebagai Adibul
PEMUZIK
Mohd Hazwan Abdul Rahim
Muhammad Firdaus Hashim
Mohamad Nor Rakhim Amat Jallani
Mohd. Arafat Basthomy Abd. Rani
Dinie Ammar Annuar
Mohd Razman Abdul Rashid
Norasnida Ahmad Razi

Asalamualikum.
BalasPadamDi sini saya nak ucapkan Syabas dan terima kasih kepada Cik kerana sabar dan yakin terhadap produksi yang sebenarnya kepada saya, masih gelap dan samar pada permulaannya.
Banyak halangan dan dugaan dalam menjayakan produksi ini dan saya secara peribadi mengkagumi Cik kerana dialah seorang yang masih konsisten dan optimis terhadap kemampuan kami dan peluang untuk berjaya dalam festival ini. Kami tetap terus bersemangat kerana pengarahnya yang optimis dan tidak pernah menampakkan putus asa. Dan dari itu saya belajar untuk menjadi guru suatu hari nanti untuk dapat mengawal emosi agar pelajar saya akan sentiasa terarah dan tidak berputus asa. Tidak menggelabah dan sentiasa menunjukkan kawalan emosi yang baik walaupun menghadapi bnyak kasukaran.
"Ye la, kalau dah cikgu pun gelabah anak muridnya macam mana pulak?"
Yup teringan pada malam2 akhir reheasal, saya yang kerap di hentam sebab tak "siap". Yup saya akui saya terlalu tertekan pada masa itu. Ini adalah lakonan saya yang pertama. Tidak pernah saya berlakun seumur hidup saya sebelum ini. Dan keyakinan pengarah terhadap saya membuatkan saya kecut perut.
"Macam mana cik lena boleh yakin nak bagi aku watak Banio padahal aku sendiri memang tak yakin dengan kemampuan diri aku? Berlakon dalam kelas pun selalu kena ketawakan"
Ya, pada malam itu semasa post-mortem sesi terakhir latihan aku memberanikan diri untuk berkata, Saya tahu Cik Lena tidak suka kejadian Khairil melenting kerana tertekan dan menasihatkan kita semua kuat untuk menerima tekanan.
Dengan berani saya menyatakan sesuatu mengikut metafora yang saya buat, " Cik bukan saya tidak kuat menanggung tekanan, jauh sekali saya nak mengaku kalah cuma saya tidak faham. "Explore", "Main".. (dalam hati ni, apa kejadah semua tu?) Saya ibarat masuk kedalam sebuah bilik gelap. Disuruh explore, bermain dalam bilik gelap itu, saya tak nampak. Saya tak tau mana suiz untuk saya hidupkan lampu bilik gelap ini. Kalau bilik ini adalah bilik saya mungkin beberapa saat saya boleh meraba suiz dan menghidupkan lampunya. Masalahnya, bilik ini asing bagi saya, pertama kali saya masuk, dengan tekanan yang mengkehendakkan saya nampak dalam masa yang singkat amat menekan sekali. Dan persoalan ini terus menjadi tanda tanya sehingga hari pertandingan walaupun Cik Lena mengatakan saya telah menjawab persoalan ini. Demi Allah saya tidak jumpa jawapannya."
Ya selepas pertandingan saya terus pulang ke kampung kerana tidak tahan lama lagi di Tj Malim sebab ekonomi yang sungguh mencengkam.
dan pada hari keputusan saya di beritahu dengan panggilan yang riuh rendah.. "E.D kita menang!! Kau menang E.D!!" Tergamam!.. biar betul budak-budak ni?.. Gila ke?.. Dan akhirnya saya di sahkan oleh Cik Lena sendiri yang PIBB mendapat naib johan, anugerah pelakon wanita terbaik dan saya mendapat Anugerah Lelaki Terbaik.. uisshh betul ke?. saat tu rasa macam hilang semua darah. Macam mimpi je. Tak sangka. Saya berlakun hanya ingin memuaskan hati pengarah dan dalam masa yang sama saya sendiri tidak tahu apa yang dia mahukan dari saya.
Dan hari ini saya mendapat jawapan tentang persolan bilik gelap itu. Cik Lena tidak mahu mengajar saya atau memberi tahu saya dimana suiz lampu pada bilik itu. Dia hanya mahukan aku berlegar-legar berani bermain dalam bilik itu. Pergi kesetiap sudut, cuba untuk meneroka apa yang terdapat di seluruh bilik itu. Dan dari situ terjawab apa itu "explore" dan "main". Dan sekarang tahulah kenapa pengarah hanya suruh saya berkali-kali mencari cara Pak Banio berjalan walaupun dia tidak pernah menunjukkan kepada saya.
Ye, kalau pengarah menunjukkan kapada saya, saya akan hanya pandai meniru, bukan meneroka.
Terima kasih Cik Lena, walaupun produksi ini memenatkan saya banyak belajar melebihi apa yang saya dapat didalam kelas. dan saya betul-betul puas kerana saya mendapat sendiri jawapan dari soalan yang saya sendiri buat dan saya tahu Cik Lena tidak mahu memberi tahu kerana saya tidak akan meneroka dan belajar kalau saya diberitahu. Hahahah..
Tidak semua soalan perlu dijawab dengan lisan. Kadang-kadang jawapan itu sudah ada pada diri kita dan cuma kita saja yang kurang sensitif dan sedar tentang adanya.
BalasPadamyup.. membuka mata hati tak semudah bayi yang mahu mencelikkan matanya.
BalasPadam