Isnin, 22 Jun 2009

Sang Badut Bodoh by Lena Hussain

Lambaian maut itu terus menjerngah
Dalam kalbu yang kegersangan
Menghindari bisik-bisik angin yang menikam kejam
Yang kadang benar dan yang kadang palsu
Mengotorkan jiwa dari ketenangan
Hati yang sentiasa tercincang lumat
Ketawa sendiri
Melihat aku
Sang Badut bodoh ini menari-nari
Seperti Sang Gila yang memuja diri
dalam kekosongan hampa yang durja
Taufan lara terik kencang membolosi sorak kecewa
Mentertawa Sang Badut Bodoh yang keletihan
Memuja duka dalam kafan gembira
Antara hidup dan matinya…
Di mana dan mengapa?
"Hei! Bodoh! Kenapa galak kau menari dan bergembira?"
"Kenapa? Tidak layakkah aku?"
"Benarlah bodoh badut ini. Hei! Hidup dan dunia ini adalah neraka!"
"Katakan? Apa hidup ini jika tidak untuk mati?" Hidup? Cinta? Setia?Ketawa? Gembira? Huh! Semuanya hanya warna-warna dusta!
"Kini kufaham…tanpa tahu. Telus mengerti. Melihat Sang Badut Bodoh dengan gembira melambai maut yang menjerngah, menjemputnya sambil menari."
Sang Badut Bodoh terus senyum…
Gila.
Sengsara.
Mati.
AKU.

Lena Hussain, 7 Mei 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perempuan Itu Bernama Barabah

Perempuan Itu Bernama Barabah
Arahan: Lena Hussain