Isnin, 22 Jun 2009

SEPI by Lena Hussain

Liang sepi ini terus memburu sisa kejahilanku
Memecah zarah pahala yang kubina
Sehingga hancur dan hampa
Kini tinggal ku telanjang
Dalam diri yang tidak punya apa
Dan apa lagi ingin kucorak untuk membaluti
Sekujur tubuh jijik dan penuh dosa ini?
Nafas nadi yang masih menghembus
Terus mengalutkan aku pada masa yang sekian suntuk
Dalam hidup yang sekian lama panjang
Tetapi
Tidak punya apa
Tidak tahu apa
Tidak faham apa
Tidak sedar apa
Kerana…
Hanya akan sedar bila datangnya mati…
Ketika membangunkan kita
Dari kealpaan dan kepalsuan dunia
Dalam diri yang sepi dan terus mencari.

Lena Hussain, 7 Mei 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perempuan Itu Bernama Barabah

Perempuan Itu Bernama Barabah
Arahan: Lena Hussain