- Sebagai pendidik dalam bidang teater, dalam jangkamasa 5 tahun saya bercadang menjadikan subjek ini sebagai satu subjek pengasahan kemahiran insaniah. Ini berikutan teater merupakan sebuah subjek yang menuntut pelbagai disiplin ilmu bagi menghasilkannya.
- Sepanjang pembabitan saya di dalam bidang ini selama 16 tahun, saya telah melalui proses kreatif ini secara terperinci dari segi teori dan praktis. Melalui kajian empirikal yang saya lakukan, saya telah menemui banyak kaedah pembinaan kemahiran insaniah yang terdapat di dalamnya menerusi proses pra produksi, produksi dan pasca produksi. Ini antara cabaran yang saya lalui bagi merubah persepsi dan pengetahuan pelajar-pelajar yang kebanyakannya beranggapan seni persembahan teater ini adalah seni lakonan dan seni hiburan semata-semata.
- Sepanjang cabaran ini juga saya mendapati bahawa pelajar yang telah mengikuti proses ini mengakui persepsi mereka berubah terhadap teater setelah memahami disiplin-disiplin ilmu yang menuntut dan membentuk pelbagai ilmu bagi memenuhi kemahiran insaniah secara total. Maka dengan itu, cabaran kedua saya adalah bagi menyebar dan mengongsi penemuan ini kepada mereka yang lain menerusi pengalaman pelajar saya agar ianya dapat memberi pengetahuan dan penjelasan yang sebenar kepada masyarakat serta merubah persepsi mereka terhadap seni persembahan ini.
- Setelah bakal-bakal guru dan pendidik ini mempelajari dan mengalami pengetahuan serta proses pengasahan ini, saya berharap agar mereka dapat mengembangkan pengalaman dan pengetahuan ini kepada masyarakat dan generasi yang akan datang.
- Matlamat utama saya ialah mahu melihat bidang teater ini berkembang dan diterima pakai sebagai salah SATU KAEDAH yang menyumbang kepada pembentukan kemahiran insaniah yang diperakui.
Rabu, 17 Jun 2009
SENARAI MATLAMAT SAYA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan